Tuesday, December 11, 2012

Rindu Pada Yang Telah Pergi


Salam Sekeliling

Rindu itu berkunjung lagi. Setiap masa. Setiap saat.
Walhal tak pernah pula bertentang mata dengan kau. 
Suara, tulisan, pesanan kau terus-terusan disimpan dalam hati.
Abang yang benar-benar baik.
Tapi Allah lebih sayangkan kau lebih dari kami.
Allah sebaik-baik perancang utama.

Kau pergi saat aku benar-benar perlukan kau.
Saat aku tunggu nak sambut ulangtahun kelahiran kau.
Saat aku mahu kau temanku dan dia di sisi.
Semua yang dirancang takkan pernah berlaku lagi.
Aku rindu kau. Aku rindu usikan kau. Aku rindu panggilan kau.
I really miss YOU.

Al-Fatihah.

Saturday, November 17, 2012

Cerita Itu


Salam Sekeliling

Jujurnya aku tahu cerita itu.
Cerita yang orang buat-buat tak tahu kebenarannya.
Lebih senang berpura-pura dari ceritakan kebenaran.
Kebenaran itu susah untuk dizahirkan.

Kata kau cinta dia.
Dia pula mula pergi jauh darimu.
Sedikit. Sedikit dia makin jauh.
Sampaikan kau akhirnya mula sedar.

Aku tahu kau cuba untuk kuat.
Tapi kau masih terpinga-pinga. 
Masih sukar lupakan waktu dulu kau dan dia.
Aku tahu. Aku tahu itu.

Aku tak mahu kau mula lupa tanggungjawab.
Bukan senang untuk kita dapat semua benda.
Sakit untuk lupakan, sakit lagi kalau kita pendam.
Cubalah lepaskan pada yang kau rasa senang.

Aku tunggu waktu itu.
Cubalah berubah seperti dulu.
Ramai akan membantu.
Percayalah, kerana semua sayang padamu.



Tuesday, November 13, 2012

Cerita Sekeliling


Salam Sekeliling

Cerita sekeliling. Lihatlah persekitaran kita apa yang ada, apa yang tiada? Itulah dijadikan cerita. Sama ada cerita itu baik, cerita itu tidak baik. Semuanya akan jadi satu titik dalam hidup kita. 

Seperti tarikh hari ini, 13 November 2012 dijadikan satu titik mula untuk mula bercerita. Bercerita luar mahupun dalam, ia adalah titik mula. Genre yang tidak ditetapkan untuk mula bercerita. Ia boleh menjadi cerita tentang cinta, sahabat, pekerjaan, hiburan mahupun apa saja yang boleh buat ia bercerita.

Dunia itu kiri dan kanan. Pandanglah sekeliling. Bukan hanya kedepan. Pandanglah kebelakang sekali sekala untuk ingat sejarah. Sejarah mengajar kita untuk kita kedepan. Jangan tersilap langkah. 

Selamat mula membaca. Menjadi yang baru untuk menutup yang lama. Itu mungkin sudah memadai. Merawat luka dalam hati yang mungkin makin dalam, mungkin juga sudah nipis. Kuatkan diri, kuatkan hati. InsyaAllah kita mampu teruskan apa yang kita gagal.

Ikhlas,
Sang Sekeliling.