Tuesday, February 9, 2021

Kembali 2021

Salam Sekeliling

Kembali di 2021. Masih sendiri. Masih terkapai-kapai. Covid pula melanda dunia. Segala yang dirancang, punah berkecai. Kerjaya lagilah terumbang-ambing. Duit simpanan makin merosot. Janji yang diberi, masih sepi tanpa khabar.

I dont know what I'm gonna do now. Everything is not in the way I want it. Everything I do tak jadi apa pun. Penat. But I dont have anyone to share.

Doakan masih kuat. Kalau aku dah tak mampu, maafkan aku. But I know its wrong. Thats why please doakan aku. Satu tu yang aku pinta. 


Monday, August 14, 2017

Kemurungan - Tekanan

Salam Sekililing

Jari ini semakin laju kembali menulis. Aku rasa dunia aku kosong. Bukan aku tak busy, tapi entah kenapa sebusy mana hidup aku, aku tetap rasa sunyi. Kawan aku memang ramai tapi disebabkan aku sejenis susah nak bagi komitmen keluar ramai-ramai, lepak, tengok wayang, bersuka ria, ramai dah lupa nak ajak aku. Its not their fault, aku tak pernah salahkan diorang, tapi jujurnya aku tetap ingat mereka. Anyone who manage to help me in terms of money, time aku takkan lupa langsung. Ingatlah yang aku cuma susah untuk bagi komitmen untuk jumpa je selebihnya I'll always be there whenever you guys need me.

Dah tiga tahun berlalu semenjak aku konvokesyen ijazah. Sejak tu hidup aku terumbang-ambing. Aku disalahkan tidak mencari kerja setimpal dengan kelulusan but tiada siapa pun faham kehendak sebenar aku. Aku bukan sejenis yang akan memilih kerja, memilih gaji or whatsoever. Tapi aku ada sebab tersendiri. Cuma aku rasa dah sampai masanya aku buat apa yang aku idamkan. 

But please jangan mudah menilai dan menghukum orang kalau mereka tidak melakukan apa yang sepatutnya. They have their own reason. Reason yang kadangkala tak masuk dek akal kenapa dia buat macam tu. Lain orang, lain persepsi dan fahaman. Don't ever try to judge. Cuba untuk mendengar dan bantu mereka. 

Baru-baru ini, satu dunia dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington yang membunuh diri kerana tekanan dan juga kemurungan. Siapa sangka, walaupun sepatutnya Linkin Park sedang dalam tour untuk comeback album terbaru, Chester membunuh diri dan memilih tarikh birthday rakan baiknya yang juga vokalis Audioslave, Chris Cornell. 



Kemurungan boleh terjadi dalam keadaan apapun. Tak kisahlah dia tu yang kita boleh anggap ada segalanya takkan pernah ada masalah. Its can happen to anybody, so please kalau ada kawan or family yang ada kemurungan ni, please gave moral support kat mereka. Luaran selalunya kita nampak okay, but siapa tahu sebenarnya dalaman diorang perlukan support kita. okay?

Sekian bebelan macam-macam dari aku. Aku cuma taknak orang yang aku sayang dan orang terdekat aku alami benda ni. Aku sendiri yang akan tertekan kalau tahu. Please jaga diri korang. Kalau ada masalah besar or kecik sekalipun, tak mampu selesaikan, carilah orang yang dipercayai dan cerita. But please orang yang dipercayai tu, tolong jangan khianati orang yang mempercayai korang tu. 

Terima kasih. 

Thursday, February 5, 2015

Jujur


Salam Sekeliling

Jujur aku rindu
Jujur aku sayang
Jujur aku redha

Rasa itu belum hilang
Rasa itu masih tersisa
Rasa itu sentiasa ada

Abang-abang.
Aku rindu kamu semua.
3 tahun dah kamu pergi.

Aku masih belum berupaya.
Aku masih belum kuat.
Aku masih rasa kamu ada,

I MISS YOU BROTHER.

Jujur dari hati ini.


Monday, February 2, 2015

Kembali

Salam Sekeliling

Dua tahun sudah berlalu.
Pelbagai cerita telah berlaku,
Sama ada realiti mahupun palsu.
Semuanya telah tertulis di situ.

Aku masih menjadi aku.
Aku yang mudah tertipu.
Kembali menjadi yang baru,
Agar bisa bangkit semula.

Wednesday, March 20, 2013

Again


Salam Sekeliling

Terbayang kau di sana, mungkin kau melihat aku.
Aku sangat rindukan kau.

Tahu tak? Dia sakit lagi.
Sakit sampaikan aku pun tak tahan dapat tahu.
Terkejut. Risau. Takut.
Semua rasa itu ada.

Dulu, kau ada dengan dia.
Setiap masa sampaikan aku rasa dia untuk kau.
Tapi kau tinggalkan dia, tinggalkan aku, tinggalkan dunia.
Kenapa langsung tak ucapkan selamat tinggal?
Aku rindu kau. 

Baru saja aku happykan dia. 
Kenalkan dia dengan kawan-kawan.
Dia online, tiba-tiba dia kata sakit tu datang lagi.

Sekarang aku tahu dia tengah berlawan.
Dia sangat kuat. 
Aku tahu dia taknak tinggalkan aku sorang.
Aku takboleh hilang dia.
Kakak yang baik.

Kakak. Please fight.
I wait for you.
We'll hug together.