Monday, August 14, 2017

Kemurungan - Tekanan

Salam Sekililing

Jari ini semakin laju kembali menulis. Aku rasa dunia aku kosong. Bukan aku tak busy, tapi entah kenapa sebusy mana hidup aku, aku tetap rasa sunyi. Kawan aku memang ramai tapi disebabkan aku sejenis susah nak bagi komitmen keluar ramai-ramai, lepak, tengok wayang, bersuka ria, ramai dah lupa nak ajak aku. Its not their fault, aku tak pernah salahkan diorang, tapi jujurnya aku tetap ingat mereka. Anyone who manage to help me in terms of money, time aku takkan lupa langsung. Ingatlah yang aku cuma susah untuk bagi komitmen untuk jumpa je selebihnya I'll always be there whenever you guys need me.

Dah tiga tahun berlalu semenjak aku konvokesyen ijazah. Sejak tu hidup aku terumbang-ambing. Aku disalahkan tidak mencari kerja setimpal dengan kelulusan but tiada siapa pun faham kehendak sebenar aku. Aku bukan sejenis yang akan memilih kerja, memilih gaji or whatsoever. Tapi aku ada sebab tersendiri. Cuma aku rasa dah sampai masanya aku buat apa yang aku idamkan. 

But please jangan mudah menilai dan menghukum orang kalau mereka tidak melakukan apa yang sepatutnya. They have their own reason. Reason yang kadangkala tak masuk dek akal kenapa dia buat macam tu. Lain orang, lain persepsi dan fahaman. Don't ever try to judge. Cuba untuk mendengar dan bantu mereka. 

Baru-baru ini, satu dunia dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington yang membunuh diri kerana tekanan dan juga kemurungan. Siapa sangka, walaupun sepatutnya Linkin Park sedang dalam tour untuk comeback album terbaru, Chester membunuh diri dan memilih tarikh birthday rakan baiknya yang juga vokalis Audioslave, Chris Cornell. 



Kemurungan boleh terjadi dalam keadaan apapun. Tak kisahlah dia tu yang kita boleh anggap ada segalanya takkan pernah ada masalah. Its can happen to anybody, so please kalau ada kawan or family yang ada kemurungan ni, please gave moral support kat mereka. Luaran selalunya kita nampak okay, but siapa tahu sebenarnya dalaman diorang perlukan support kita. okay?

Sekian bebelan macam-macam dari aku. Aku cuma taknak orang yang aku sayang dan orang terdekat aku alami benda ni. Aku sendiri yang akan tertekan kalau tahu. Please jaga diri korang. Kalau ada masalah besar or kecik sekalipun, tak mampu selesaikan, carilah orang yang dipercayai dan cerita. But please orang yang dipercayai tu, tolong jangan khianati orang yang mempercayai korang tu. 

Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment